Dimana..

Di manakah kalian?

Dimanakah kalian ketika kapitalis Cina dengan sengaja meninggalkan kargo eksport satu kooperasi Melayu di sebuah jeti di Singapura supaya ia tidak terjual?

Di manakah kalian ketika orang Cina dan India memboikot tender kerajaan Kedah untuk pembinaan bangunan yang meletakkan syarat suku daripada buruh itu mesti Melayu?

Dimanakah kalian ketika pengusaha Ais Cina tidak mahu menjualkan ais mereka kepada nelayan Melayu selepas kerajaan Perak memberi pinjaman kepada nelayan-nelayan ini supaya mereka tidak lagi bergantung dengan orang tengah Cina?

Dimanakah kalian ketika ada laporan yang sektor swasta yang dikuasai non bumi dengan sengaja tidak mengamalkan fair trade dan fair play supaya kaum Bumi tidak mendapat akses kepada pasaran? Dan ini berlaku dari sebelum Merdeka sampai ke hari ini.

Dimanakah kalian ketika terdapat seruan boikot Gardenia, Petronas dan lain-lain perusahaan oleh penyokong DAP semata-mata kerana tidak sebulu dengan mereka?

Dimanakah kalian ketika beberapa kedai runcit Cina menyorokkan produk Bumiputera dan memberitahu supplier Bumi itu, yang produk mereka tak laku?

Dimanakah kalian ketika syarikat – syarikat meletakkan syarat fasih Mandarin padahal syarikat itu berasal dari Eropah atau Jepun?

Dimanakah kalian ketika kajian demi kajian menunjukkan yang pekerja bukan Cina lebih cenderung untuk tidak dipanggil temu duga?

Dimanakah kalian ketika gaji pekerja bukan Cina dibayar lebih rendah berbanding rakan Cina mereka yang sebenarnya tak bagus mana pun? Dan ini berlaku dari sebelum Merdeka sampai hari ini.

Dimanakah kalian ketika Menteri Kulasegaran terang-terang kata dia hanya ke kedai Tamil?

Dimanakah kalian?

-Yang tidak lagi berdiam diri, Ahmad Mustakim.

BMBF

Advertisements

Politik.

POLITIK RASIS BAHAYA KEPADA KEHARMONIAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA

Setelah berjaya memukat 80% undi kaum India dan Cina, DAP semakin berani bermain api dengan kuasa yang ada. Lebih-lebih lagi ada Si Kitol yang sedia membentengi. Melaka tumbang hanya oleh seorang Si Kitol. Kini DAP mempunyai ribuan Si Kitol yang tidak segan silu mengkhianati bangsa sendiri. Si Kitol kini, dengan kuasa berpangkat Menteri.

Dulu cabar-mencabar terhadap ketuanan Melayu tidak berlaku. Tetapi kini bangsa DAP macam kaduk naik junjung. Melayu pun dikatakan secara terbuka sebagai bangsa pendatang. Komunis pula dikatakan pejuang tanah air yang hendak dipersepsikan semula melalui buku teks sekolah.

Dulu institusi Islam tidak berani disentuh. Tetapi kini urusan Tabung Haji dan zakat pun mereka masuk campur. Hak-hak ekslusif umat Islam mahu diagihkan juga kepada non-Muslim. Agihan zakat pun mereka mahu. Di Parlimen, apabila MP Muslim meminta peruntukan tambahan untuk pembangunan agama Islam, mereka pun bangun menuntut tambahan yang sama. Islam sebagai agama rasmi sudah tiada roh dan kekuatan lagi.

Isu penghinaan terhadap Islam. Isu hina al-Quran. Isu hina Nabi dengan pelbagai tuduhan dan karikatur. Bantahan terhadap sembelihan lembu korban. Isu azan. Semuanya timbul mendadak selepas DAP/PH berkuasa. Bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Raja Melayu dan Sultan semakin berani dihina. Kata-kata biadap diungkap di media sosial. Simbol ketuanan bangsa diperlakukan secara durjana. Menyerlahkan apa yang terkandung dalam Malaysian Malaysia. Negara hendak dikongsi sama rata. Antara pribumi dengan pendatang yang bermaharajalela.

Pernahkah sebelum DAP berkuasa, tulisan Jawi dipertikaikan. Malah cara mereka membantah lebih bernada ugutan. Mereka sanggup melakukan demonstrasi. Kain rentang dipasang di sana-sini. Akta Bahasa dilanggar, tiada satu tulisan rumi. Pihak berkuasa melayan mereka dengan penuh toleransi. Toleransi yang tak diberi kepada bangsa sendiri.

Kini Melayu mengambil posisi bertindak balas melalui Kempen Utamakan Produk Muslim. Wah, cepat saja PM dan Menteri Kewangan melenting. Sedangkan sesuatu kejadian ada sebab dan akibat. Sesuatu itu ada permulaan dan natijah. Ada kronologi, ada awalnya. Walaupun mengalir dalam kitaran, tetap ada titik mulanya.

Negara pernah terbakar dengan Peristiwa 13 Mei. Riak-riak detik sejarah hitam akan berulang sudah ada tandanya? Rakyat majmuk Malaysia pastinya tidak mahu peristiwa pahit berulang lagi. Justeru, keberanian PM amat diperlukan untuk memancung politik chauvanis dan rasis. Pisau di tangan kanan, mentimun di tangan kiri. Bertindaklah demi kesejahteraan negara walaupun onar dicipta rakan sendiri. Rakyat marhaen hanya memberi peringatan, umpama timun dengan durian; digolek luka, menggolek pun luka.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=720096501768269&id=275464012898189

BDA
3/9/2019

MAMPUCentre

IslamMemimpin